Tudung Shawl sememangnya sangat di gemari oleh golongan muda. penggayaan yang mudah dan selesa dan simple
sememangnya menjadikan anda lebih berkeyakinan untuk tampil lebih
bergaya dengan selendang..Apabila tudung atau shawl dikenakan pada model
yang dimainkan dalam tutorial, ia kelihatan sangat cantik dan terletak.
Namun, bila digayakan pada kepala sendiri ia seolah-olah kelihatan agak
aneh.Meskipun
kesalahan yang dilakukan adalah sedikit atau tidak salah langsung,
namun tudung yang dipakai tetap juga kelihatan tidak menarik. Apa yang
berlaku? Hrmm..
>> Tutorial Cara Pakai Shawl <<
Sebenarnya,
bentuk muka setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Maka,
sebab itulah ia kelihatan berbeza antara anda dan model. Jadi, kali ini oh kiji
berkongsi cara bagaimana untuk mendapatkan tudung atau shawl yang kena
dengan bentuk wajah supaya anda lebih yakin ketika melangkah keluar.
Muka Jenis Bulat
Mereka yang memiliki bentuk muka jenis bulat ini sememangnya bertuah kerana hampir semua jenis tudung sesuai untuk wajah jenis ini.Anda
harus berhati-hati dalam memilih tudung yang sesuai. Jika memilih untuk
memakai tudung jenis Awning, pastikan awning tudung dari jenis panjang
sehingga hampir ke rahang pipi. cara pemakaian yang betul adalah dengan
tidak memakai selendang terlalu ketat dan lipat sedikit dibawah tulang
rahang pipi anda supaya menampakkan bentuk wajah lebih bujur.Bahagian
atas hendaklah di bentuk menjadi bentuk bujur dan jika boleh pastikan
selendang tadi tidak melekap di dahi anda.
Seseorang yang
memiliki muka bulat, memang diakui agak sukar untuk menyembunyikan pipi
yang gebu itu. Apabila memakai shawl ataupun tudung, pasti bahagain pipi
akan longgar dan menampakkan wajah sebenar. Maka, ketatkan sebaiknya di
bawah dagu. Jangan pakai tudung terlalu kebawah kerana ia mungkin akan
menyebabkan muka anda kelihatan lebih bulat dan sempit.
sumber: http://oh-kiji.blogspot.com
0 komentar:
Posting Komentar